INSPIRASI PERANCIS GAYA MYPAPILLON

Kemunculan jenama tudung MyPapillon di dalam pasaran tempatan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri apabila umum mendapati rekaan yang dikeluarkan mereka begitu unik. Bukan sekadar dek keunikannya, malah ramai penggemar tegar MyPapillon berpendapat bahawa material pada fabrik tudungnya cukup eksklusif, berbeza dan selesa dipakai. Aspek itulah antara yang menjadi keutamaan pemilik jenama ini, Haslinda Md Isa, dalam memenuhi cita rasa golongan Muslimah yang ingin tampil berbeza dan menawan.

Sesuai dengan jenamanya, MyPapillon diinsiprasikan dari bahasa Perancis iaitu โ€˜Papillonโ€™ yang membawa maksud rama-rama. Simbolik kepada rama-rama ini mewakili ciri-ciri lembut dan warna-warni yang lantas dicoretkan Haslinda kepada setiap rekaan tudung yang dihasilkannya.

โ€œKelebihan MyPapillon adalah kami menawarkan koleksi tudung yang sesuai untuk ke majlis-majlis keraian tertentu seperti makan malam, pertunangan dan perkahwinan. Malah ada juga yang tidak kekok menggayakan koleksi kami sebagai tudung kerja di pejabat.

โ€œSiri eksklusif edisi terhad kami yang pertama menampilkan hiasan mewah yang rumit dan mutu kerja yang halus daripada tukang jahit MyPapillon yang berkemahiran.

โ€œPelbagai jenis perincian digunakan untuk memastikan sifat eksklusifnya seperti renda, bunga tiga dimensi (3D), manik, batu berharga, bulu, labuci dan juga mutiara yang dijahit pada satin premium untuk bentuk dan aliran yang cantik,โ€ jelas wanita kelahiran Yong Peng, Johor ini.

Idea untuk memasukkan elemen ala Perancis bukanlah diambil secara semberono. Tetapi Haslinda sebaliknya memanfaatkan pengalamannya yang pernah berkelana lebih lima tahun di kota Paris.

Kecenderungan graduan bagi Ijazah Pengurusan Hotel Strasbourg serta Sarjana Perhotelan dan Pengurusan Paris ini meminati seni halus membuatkannya banyak meneliti dan mendalami dekorasi dan fesyen sepanjang berada di sana.

โ€œDalam bidang perhotelan, segala dekor dan reka bentuk datang dalam pelbagai inspirasi. Ada Gothic, Renaissance, Othmanian dan Mediteranean. Jadi, minat saya terhadap kesenian halus dan kemewahan ketika itu lebih bertambah.

โ€œLebih-lebih lagi sewaktu saya menyambung sarjana di Perancis dan sering bersiar ke butik-butik mewah di Place Vendome dan sekitar Paris. Banyak yang memberi inspirasi kepada saya walaupun ada ketikanya saya sekadar melihat dari cermin luar butik sahaja,โ€ ujarnya sambil ketawa.

Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Haslinda tetap fokus kepada komitmennya dalam berbisnes. Ibu kepada dua orang anak ini bijak membahagikan masanya dengan tidak mencampur adukkan urusan di kampus, pejabat dan rumah. Kesemuanya dilakukan secara berperingkat. Malahan, faktor lokasi satu sama lain yang tidak terlalu jauh juga banyak memudahkan Haslinda.

Ketika ditanya mengenai insan yang banyak mendorongnya berjaya ke tahap sekarang, usahawan berusia 45 tahun ini tidak teragak-agak memberi kredit kepada suaminya, Mohd Rizal Ahmad Dawami. Menurut Haslinda, suaminya bukan sahaja โ€˜sifuโ€™ bisnes yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya bahkan juga umpama kawan baik buat dirinya.

โ€œAlhamdulillah, suami saya yang merupakan tulang belakang syarikat banyak membantu kerana beliau sendiri sudah berpengalaman lebih 10 tahun di dalam perniagaan meskipun dari bidang yang berbeza.

โ€œJadi kami berdua menjalani hubungan simbiosis dengan saling membantu dan melengkapi dalam menjayakan mana-mana projek untuk MyPapillon,โ€ katanya.

-NIAGATIMES

Haslinda-MyPapillon.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.