InstaReM lancar pilihan bayar keluar tunai di Filipina

InstaReM, cabang pengguna dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi platform teknologi kewangan global NIUM, baru-baru ini mengumumkan pelancaran pilihan bayar keluar tunai untuk penerima di Filipina.

Perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna InstaReM mengambil wang tunai di outlet yang diluluskan.

Ketua Global Perniagaan Pengguna di NIUM, Yogesh Sangle berkata, pihaknya telah mendengar keperluan pelanggan Filipina dan menambah pilihan bayar keluar tunai kepada perkhidmatan sedia ada untuk bank-bank di negara itu.

“Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan Filipina kami tidak dapat berkunjung ke lokasi-lokasi termasuk Lucky Plaza di Singapura, Kota Raya di Kuala Lumpur dan World Wide Plaza di Hong Kong untuk mengirimkan balik wang hasil kerja keras mereka kepada insan tersayang di Filipina.

“Platform InstaReM kami mempunyai kedudukan yang baik sebagai satu resolusi untuk pelanggan ini bagi memindahkan wang dengan keselesaan di rumah mereka sendiri pada kadar yang benar-benar kompetitif,” katanya.

Bermula dari sekarang, pengguna di Filipina berpeluang untuk mengambil wang tunai di outlet yang diluluskan termasuk Bayad Center dan pasar terpilih.

Pengguna perlu menunjukkan kad pengenalan mereka bagi tujuan pengesahan dan mengisi borang tuntutan untuk mengambil wang tunai di outlet yang diluluskan termasuk cawangan Cebuana, MLhuiller, Palawan, LBC & BDO, antara lain.

-PR NEWSWIRE

Instarem-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.