Kerajaan menyarankan setiap institusi perniagaan tempatan yang menyediakan pembiayaan kewangan dan pasaran modal supaya lebih mempelbagaikan ekosistem masing-masing demi meningkatkan potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meraih dana yang mengatasi sistem perbankan ortodoks.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, anggaran bagi kedua-dua bahagian pembiayaan yang terlibat ialah sebanyak 90 peratus untuk institusi kewangan manakala 10 peratus lagi pula adalah melibatkan pasaran modal.
โPembiayaan melalui pasaran modal dan platform-platform inovatif seperti Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP), pendanaan masyarakat berbentuk ekuiti seperti Pendanaan Ekuiti Ramai (ECF), pembiayaan rakan setara (P2P), ekuiti persendirian dan firma modal urus niaga perlu diterokai dengan lebih mendalam sebagai salah satu sumber pembiayaan bagi semua peringkat kitaran perniagaan untuk PKS dan syarikat pemula niaga,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada sebuah program sempena mesyuarat kumpulan fokus Belanjawan 2020 di Suruhanjaya Sekuriti Kuala Lumpur, semalam.
Tambah Guan Eng, PKS sebenarnya berpeluang meraih pelbagai pembiayaan melalui kaedah ECF dan P2P dengan modal bermula RM1,000 sehingga RM3 juta di setiap peringkat kitaran perniagaan.