InterEMC 2020 di Shenzhen, China

0
27

Sejak tahun 2017, Pameran Teknologi Kecemasan dan Keselamatan bagi Pameran Teknologi Tinggi China (InterEMC), telah memperlihatkan perkembangan bagi industri kecemasan di China dalam membantu kerajaan dan organisasi dengan manfaat yang pelbagai.

Pada tahun ini, InterEMC 2020 akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Dunia Shenzhen dari 12 hingga 16 November depan.

Dihoskan oleh Pejabat Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Shenzhen, Biro Pengurusan Kecemasan bagi Perbandaran Shenzhen, dan dianjurkan oleh Institut Keselamatan dan Teknologi Awam Bandar Shenzhen, jumlah kawasan pameran InterEMC 2020 adalah seluas 40,000 meter persegi dengan anggaran 500 pempamer dan 40,000 pelawat dari lebih 50 persatuan industri.

Pada masa yang sama, terdapat juga penganjuran lebih 30 forum, puluhan pemadanan pemerolehan, latih tubi, demonstrasi dan pertunjukan, termasuk ‘Forum Pembangunan Teknologi Kecemasan dan Keselamatan Antarabangsa China 2020’, ‘Forum Pengurusan Maklumat Kecemasan 2020’ serta ‘Forum Peralatan Kecemasan dan Keselamatan 2020’.

Jawatankuasa Penganjur InterEMC menjemput semua perwakilan untuk menghadiri acara ini di Shenzhen pada November nanti.

Untuk mendaftar sebagai pelawat atau pempamer, sila layari laman web interemc.net atau hubungi Liang di e-mel zhouliang@interemc.net.

Interemc-2020.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.