InterSystems, Imagelink Software bangunkan penyelesaian pengurusan dokumen terkini untuk transformasi digital di Malaysia

InterSystems, penyedia teknologi data kreatif yang khusus dalam membantu pelanggan menyelesaikan masalah kebolehskalaan, saling kendalian dan kelajuan yang paling kritikal, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Imagelink Software, peneraju dalam penyelesaian pengurusan kandungan perusahaan, untuk memesatkan transformasi digital bagi kerajaan dan perniagaan Malaysia.

Pelanggan utama Imagelink termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Hospital Columbia Asia.

Dibina di atas platform data InterSystems IRIS, penyelesaian pengurusan dokumen ini membolehkan organisasi menyimpan dan memproses pelbagai jenis data dengan mudah, mengatur aliran kerja, mengenal pasti jurang proses, serta memanfaatkan kuasa AI dan pembelajaran mesin atau Machine Learning pihak ketiga.

InterSystems IRIS mempercepat usaha penggabungan dan membolehkan Imagelink membenamkan keupayaan baharu seperti teknologi kalis kuantum dengan cepat.

Ciri utama InterSystems IRIS termasuklah pangkalan data berprestasi tinggi dan berbilang model yang menyediakan storan data dan dokumen berbilang dimensi; enjin aliran kerja dan keupayaan penyusunan grafik berkod rendah bagi pengautomasian aliran kerja yang lancar; dan papan pemuka kecerdasan perniagaan interaktif untuk analisis dan pandangan.

“Sama ada anda ialah agensi kerajaan yang berusaha untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, atau sebuah perusahaan yang mencari jalan untuk memperbaik hasil perniagaan, pendigitalisan dan proses aliran kerja yang direka dengan baik akan membantu organisasi anda meningkatkan kecekapan dan menambah kepuasan pelanggan; di samping mencepatkan masa-ke-pasaran bagi produk dan perkhidmatan baharu,” kata Gwee Chee Seng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Imagelink Software.

“Ekonomi digital Malaysia sedang tumbuh dengan pesat, dipacu oleh generasi baharu usahawan teknologi yang tidak takut mencabar norma. Pembangun perisian, penyedia penyelesaian dan rakan kongsi perlaksanaan membawa idea-idea dan pengetahuan baharu bagi membantu organisasi membayangkan semula aliran kerja dan proses mereka untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan menyampaikan perkhidmatan awam yang lebih baik. Sebagai rakan kongsi teknologi data mereka yang dipercayai, kami teruja untuk memainkan peranan kami dalam membantu merealisasikan visi mereka,” kata Kenneth Kuek, Pengarah Negara, Platform Data, InterSystems.

-NIAGATIMES

Kenneth-Kuek-Chee-Seng.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.