IPC mulakan kempen ‘Jumpaverse’ menjelang Hari Raya tahun ini

Menjelang sambutan Raya yang bakal menjelang, IPC Shopping Centre (IPC) meraikan Ramadan dan Hari Raya dengan kempen ‘Jumpaverse’ yang bermula dari sekarang hingga 15 Mei, di mana pembeli-belah boleh menikmati pelbagai promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan berbelanja di IPC Shopping Centre.

Pandemik telah menyebabkan ramai orang menjalani kehidupan seharian mereka secara dalam talian, di dalam dunia meta atau ‘metaverse’ digital di mana mereka bekerja, berhubung, dan berinteraksi dengan rakan-rakan serta keluarga.

Justeru sempena sambutan Raya yang sudah tidak lama lagi, IPC berkata, pihaknya mahu menggalakkan orang ramai untuk meninggalkan metaverse dan melangkah masuk ke dalam dunia nyata menerusi kempen ‘Jumpaverse’ yang kaya dengan interaksi dunia sebenar, di mana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dalam persekitaran yang serba mudah, selesa dan selamat, di IPC Shopping Centre.

“Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, IPC telah mengubahsuai tempat makan terbuka luar bangunan di mana pengunjung Muslim boleh berbuka puasa secara al-fresco bersama-sama rakan dan keluarga mereka sambil menikmati potongan 20 peratus untuk tempahan makanan melalui Foodpanda, manakala ahli Pandapro boleh menikmati 5 peratus potongan tambahan.

“Mereka yang berbuka puasa di sini juga boleh memainkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar dengan mengasingkan sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan. Tempat makan terbuka ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pembeli-belah yang berbelanja minimum RM600 dalam tiga resit akan menerima set bekas kutleri, manakala mereka yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima e-Baucar Jumpaverse bernilai RM10.

“Terdapat juga Paket Raya untuk ditebus oleh pembeli-belah yang berbelanja minimum RM150 dalam dua resit. Dalam pada itu, terdapat manfaat tambahan untuk ahli IPC Tack Club yang boleh menikmati tawaran promosi sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah,” ujarnya.

-NIAGATIMES

PHOTO-CREDIT-IPC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.