IPC promosikan jualan 100 jenama sempena tahun baharu 2021

IPC Shopping Centre (IPC) bakal menetapkan tanda aras baharu dalam dunia peruncitan tempatan dengan menganjurkan sambutan yang menggabungkan dunia fizikal dan alam maya menerusi acara ‘IPC Live Shopping Fiesta’.

IPC dalam kenyataan berkata, pesta jualan serba baharu ini merupakan acara beli-belah Facebook Live dengan tempoh panjang di Malaysia yang diadakan bermula pukul 12.30 tengah hari pada 31 Disember 2020 sehingga 12.30 pagi keesokan harinya.

“Acara ini memberi peluang kepada IPC, para penyewa dan rakan-rakan niaganya untuk memainkan peranan penting bagi merapatkan hubungan kemasyarakatan dalam musim perayaan dengan cara yang mudah, menjimatkan dan selamat,” katanya.

“’IPC Live Shopping Fiesta’ menawarkan cara unik untuk peserta membeli-belah dan melibatkan diri, sambil mereka mengalu-alukan ketibaan tahun baharu. Acara penstriman langsung 12 jam ini bakal menampilkan gedung-gedung penyewa yang mempromosi produk dan tawaran istimewa masing-masing.

“Pembeli boleh membuat pembelian pada bila-bila masa sehingga 3 Januari 2021 menerusi platform Facebook. Di samping itu, IPC bekerjasama dengan Lalamove untuk memenuhi permintaan penghantaran pada hari sama untuk pembelian yang dibuat sebelum pukul 9.00 malam di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar IPC, Karyn Lim berkata, pihaknya komited untuk menyokong para penyewa IPC walaupun ketika ini terdapat pemulihan positif dari segi kehadiran pengunjung dalam tempoh beberapa bulan lepas.

“Kami teruja untuk menyokong lebih 100 jenama daripada hampir 40 gedung penyewa, termasuk perhiasan dan kelengkapan rumah, fesyen dan pakaian sukan, kecantikan dan kesihatan, makanan dan minuman, kanak-kanak, serta pendidikan dan teknologi menerusi acara penstriman langsung tersebut.

“Malam tahun baharu kali ini adalah sedikit berbeza untuk semua, tetapi kami berharap untuk terus menganjurkan sambutan yang menarik, menyeronokkan dan paling penting, selamat, demi manfaat masyarakat,” ujarnya.

-NIAGATIMES

IPC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.