Memulakan karier sebagai usahawan dalam hidupnya, Junaida Rahim pada awalnya telah berkerjaya dalam bidang perbankan di Maybank selama tujuh tahun. Pengalaman yang dimilikinya secara tidak langsung telah mula membuka lembaran baharu dan dia kemudiannya memilih untuk berkecimpung dalam industri perancang kewangan pada tahun 2012.
Di situlah bermula episod baharu Junaida berkhidmat dengan servis insurans dan takaful keluarga bersama Prudential Assurance Malaysia Berhad. Dia lantas meletakkan sasaran dan harapan untuk membantu rakyat Malaysia, terutama golongan bumiputera untuk celik insurans dan takaful.
Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah dan UiTM ini relah meraih pelbagai penghargaan daripada pihak yang melayakkan beliau ke insentif lawatan luar negara setiap tahun, Bumiputera Rookie Talent, menjadi speaker jemputan dan lain-lain.
โSelepas beberapa tahun ketika Life Insurance Business semakin kukuh dan stabil, saya mengembangkan perniagaan dalam bidang insurans atau takaful am (general insurance) berasama beberapa โprincipalโ seperti Allianz General, Etiqa Takaful, Axa Affin dan lain-lain disebabkan permintaan daripada pelanggan yang sentiasa memerlukan khidmat nasihat dan servis saya.
โBagi melengkapi servis khidmat kewangan yang ditawarkan, saya telah mengembangkan perniagaan melalui khidmat pelaburan kewangan bersama Kenanga Investor Berhad demi memastikan keperluan pelanggan sentiasa dipenuhi dan terjaga,โ ujarnya.
Justeru itu, penubuhan JAC KL Agency yang diasaskan Junaida menitik beratkan keempat-empat konsep kewangan bagi setiap pelanggan yang terdiri daripada โwealth accumulationโ, โwealth protectionโ, โwealth preservationโ dan juga โwealth distributionโ.
โDilengkapi dengan barisan konsultan yang bertauliah, kami menawarkan cara bagaimana pelanggan kami boleh mula mengumpul dan mengoptimumkan kekayaan, melindungi dan mengekalkan melalui instrumen kewangan yang ada. Khidmat nasihat kami juga termasuklah menunjuk cara akan pembahagian aset dan pusaka menurut keperluan dan hukum Islam melalui As Salihin Trustee Berhad,โ katanya.
Menurut Junaida, pelanggan yang sering berurusan dengan JAC KL Agency terdiri daripada mereka yang mempunyai nilai bersih tinggi dan pasaran besar-besaran. Ini termasuklah mereka dari peringkat eksekutif, pengurusan pertengahan, pengurusan atasan, profesional dan pemilik perniagaan.
Agensinya yang bakal melancarkan wajah baharu juga membuka peluang perniagaan kepada anak-anak muda dan ‘mid career professional’ dalam bidang khidmat nasihat kewangan.
โDi JAC KL, anda yang berminat mampu menubuhkan agensi sendiri dengan latihan dan bantuan yang dibekalkan oleh pihak syarikat. Kami juga mengalu-alukan pengambilan anak muda dan ‘mid career professional’ untuk menjadi sebahagian daripada kelompok kami yang secara tidak langsung menjadi pelapis generasi perniagaan akan datang. Nak tahu lagi lanjut tentang kami, boleh sahaja layari laman web kaverlah.com dan hubungi kami di admin@jacklagency.com,โ jelasnya.
Junaida menegaskan bahawa walaupun dunia perniagaan yang diceburinya bagi kebanyakan orang lain mungkin kelihatan rumit, sesiapa sahaja – sama ada dari latar belakang kewangan atau sebaliknya, mereka boleh mencapai impian selagi mempunyai keberanian, semangat dan keazaman untuk berjaya.
โKekalkan sikap positif, terus mencuba dan berusaha,โ adalah nasihatnya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan pantas yang digelarkannya sebagai industri matahari terbit.
-NIAGATIMES