James Arnett jadi pilihan Capco terajui rantau Asia Pasifik

Badan rundingan pengurusan dan teknologi global, Capco telah menamakan James Arnett sebagai Rakan Pengurusan bagi wilayah Asia Pasifik (APAC) dengan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan firma itu merentasi Hong Kong, Singapura, Thailand dan Malaysia.

James mempunyai lebih 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam bidang perundingan, perbankan dan teknologi, dengan bekerja bersama beberapa institusi kewangan terbesar di dunia dan sejumlah bank internet perintis di United Kingdom.

Selain menerajui dan membina amalan Kewangan, Risiko dan Pematuhan Capco di United Kingdom dan menjadi Ketua bagi amalan Pasaran Modal United Kingdom, James juga telah menyertai Capco pada tahun 2011 setelah memegang peranan di IBM Global Business Services, Capita, Hewlett Packard Enterprise dan The Co-operative Bank.

James akan berpusat di pejabat Capco di Hong Kong, dan akan ditempatkan semula dari London setelah sekatan perjalanan ditarik balik.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Capco, Lance Levy berkata, lantikan James untuk memimpin APAC menekankan komitmen Capco kepada pelaburan di rantau itu.

“Kepakaran beliau yang mendalam mengenai teknologi yang baru muncul dan transformasi yang dipimpin oleh data di dalam pasaran modal dan perbankan akan sangat berguna ketika kami terus membangunkan perniagaan dan kehadiran kami di Asia Pasifik,” katanya.

Sementara itu, James Arnett menzahirkan kegembiraannya kerana berpeluang untuk membawa perniagaan APAC ke hadapan.

“Terdapat banyak peluang yang signifikan di sekitar perbankan maya, data, teknologi dalam insurans atau insurtech, teknologi baru muncul termasuk awan dan pembelajaran mesin, dan peningkatan bagi pengalaman pengguna dan perjalanan pelanggan.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan kami di APAC untuk membantu mereka membangunkan semula perniagaan mereka,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Lantikan-jawatan-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.