Jenama-jenama Malaysia dan Singapura diiktiraf dunia

World Branding Forum (Forum Penjenamaan Dunia) melalui pengiktirafan jenama global anjurannya, Anugerah Penjenamaan Dunia edisi ke-12, menyaksikan lebih daripada 400 jenama dari lebih 45 buah negara telah dinamakan sebagai ‘Jenama Terbaik’ dalam Anugerah Penjenamaan Dunia 2020-2021, yang dicalonkan oleh lebih 250,000 pengguna dari seluruh dunia.

Organisasi antarabangsa itu berkata, di antara jenama peringkat teratas yang disenaraikan sebagai pemenang Peringkat Global adalah CoCo, Faber Castell, Fender, Heinz, IKEA, LEGO, Lurpak, McCain, Netflix, PILOT, Spotify, Yakult, dan Yamaha, antara lain.

“Pemenang Peringkat Serantau termasuk Anchor (New Zealand), Cotton On (Australia), Elkjøp (Norway), LuLu (Emiriah Arab Bersatu), Isetan dan Uniqlo (Jepun), dan Shopee (Singapura), antara lain.

“Pelbagai kemenangan juga dicapai oleh jenama-jenama Malaysia dengan banyak pemenang kali pertama termasuk AEON (Peruncit – Gedung Beli-belah), CS Chan (Peruncit – Perabot), Digi (Telekomunikasi – Mudah Alih), Thai Odyssey (Kesihatan dan Kecantikan – Urut dan Terapi), Top Glove (Penjagaan Kesihatan – Sarung Tangan), Twisties (Makanan Ringan – Berasaskan Jagung), dan Unifi (Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar/Internet),” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya lagi, pemenang Peringkat Kebangsaan yang kembali dari Malaysia termasuk Getha (Peruncit – Katil dan Tilam), MR. D.I.Y. (Peruncit – Pembaikan Rumah), Munchy’s (Biskut), Spritzer (Air), dan Tenaga Nasional (Tenaga/Kuasa).

“Jenama-jenama Singapura yang merangkul anugerah Peringkat Kebangsaan termasuk Axe Brand (Ubatan – Tradisional), BreadTalk (Bakeri), dan StarHub (Telekomunikasi – Mudah Alih).

“Pemenang kali pertama dari Singapura juga termasuk Ayam Brand (Makanan Dalam Tin), FoodRepublic (Medan Selera/Dewan), Kenko Wellness (Kesihatan dan Kecantikan – Urut dan Terapi), dan Shopee (Peruncit – Dalam Talian) yang memenangi anugerah Serantau, antara lain,” ujarnya.

Pencalonan dan pengundian telah berlangsung di tengah-tengah pandemik Covid-19 global sementara banyak negara berhadapan dengan langkah-langkah sekatan yang telah menjejaskan landskap ekonomi itu. Anugerah itu meraikan cara-cara berinovatif dan kreatif jenama-jenama yang berjaya ini dapat kekal berbeza dan relevan kepada pengguna mereka sepanjang tahun lalu.

-NIAGATIMES

World-Branding-Award.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.