Minat yang mendalam terhadap bidang perubatan farmasi telah menjadi inspirasi bagi seorang jejaka, Caine Kok, yang ketika itu berjaya menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Farmasi di Universiti Sydney, Australia. Sebaik sahaja menamatkan pelajaran di sana, dia terus menimba pengalaman sebagai pegawai farmasi yang diiktiraf dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Tempoh empat tahun yang dilalui Caine seterusnya membuka lembaran baru kepada dirinya yang memulakan perniagaan farmasi sendiri bersama-sama adiknya, Matthias Kok. Dari situlah bermulanya operasi JOM Pharmacy.
Farmasi yang diasaskan mereka di Sarawak pada tahun 2009 terlebih dahulu bertapak di Emart Matang, Kuching. Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan Caine dan Matthias saban tahun nyata membuahkan hasil setelah cawangan demi cawangan farmasi mereka bertambah lagi. Sehingga kini, JOM Pharmacy berjaya menambat hati komuniti di Sarawak melalui keseluruhan 10 cawangan.
โSelama 11 tahun kewujudan JOM Pharmacy dalam industri farmasi, JOM Pharmacy telah menjadi salah sebuah rangkaian farmasi komuniti yang berkembang pesat dan berpotensi di Kuching, Sarawak.
โDi bawah pimpinan seramai 18 orang ahli farmasi yang profesional, JOM Pharmacy menyediakan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti, selamat dan berinovatif.
โJOM Pharmacy menekankan kepentingan kepada pasukan ahli farmasinya untuk menghadiri kursus-kursus dan latihan pengukuhan demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran demi selaras dengan perkembangan semasa,โ ujar Caine.
Tambah Caine, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka dalam menyediakan perkhidmatan terbaik. Maka dari itulah di setiap cawangan JOM Pharmacy akan dipastikan setiap pembantu farmasi bukan sahaja terlatih, malah turut mempunyai pasukan yang bagus.
โPembantu farmasi merupakan barisan pertama yang melayan keperluan pelanggan, maka pembantu farmasi telah dilatih dari semasa ke semasa tentang pengetahuan produk-produk farmasi.
โDengan ini, mereka memastikan pelanggan dapat diberikan pengetahuan dan perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.
โSaya percaya, kesinambungan peningkatan pengetahuan setiap ahli JOM Pharmacy akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan seterusnya menjadikan farmasi kami sebagai sebuah farmasi yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam menerangkan produk-produk kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan yang betul,โ katanya.
Komitmen tinggi yang ditonjolkan petugas-petugas farmasi di bawah didikan Caine dan Matthias secara tidak langsung telah menaikkan lagi nama syarikat ini yang sentiasa menjadi pilihan komuniti di Sarawak. Malah bukan itu sahaja, mereka turut pernah mendapat pengiktirafan Sin Chew Dailyโs Time Honour Brand Award bagi kategori โImpactful Lifestyle Brand Awardโ pada tahun 2019.
โSelaras dengan misi JOM Pharmacy โberkhidmat dengan hati nurani dan kasih sayang untuk memberikan orang ramai kehidupan yang sihat sejahteraโ, kami berazam untuk terus bersepadu dalam melaksanakan visi menjadi farmasi komuniti yang paling dipercayai di Sarawak,โ jelas Caine.
-NIAGATIMES