Jonetz by Don Don Donki buka cawangan kedua di Tropicana Gardens Mall

Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Malaysia di bawah pimpinan President Satoshi Machida, baru-baru ini melancarkan Jonetz by Don Don Donki di sebuah pusat membeli-belah komersial di Selangor berlokasi di tengah-tengah Petaling Jaya, Tropicana Gardens Mall.

Pembukaan ini menyaksikan cawangan keduanya beroperasi selepas Don Don Donki pertama dibuka di Lot 10 Bukit Bintang pada Mac 2021 yang lalu.

Don Don Donki berkata, pihaknya kini turut membuka lebih banyak cawangan di kawasan kepunyaan Pan Pacific seperti di Singapura dan Hong Kong melalui konsep kedai berkhusus untuk jenama dari Jepun.

“Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini, para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dalam kedai, tawaran eksklusif untuk ahli dan cenderamata dengan pembelian dibuat dari 10 Disember hingga semalam.

“Pembeli akan menerima beg jinjing Donpen edisi terhad dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM200, nikmati rebat RM15 di Grabpay dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dan baucar hadiah RM20 untuk Ahli Kad UOB Bank yang membelanjakan RM300 dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, para pelanggan digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar keahlian yang percuma melalui aplikasi mudah alih Donki yang membolehkan mereka menerima mata ‘dMiles’, kejutan hari jadi, menebus kupon eksklusif dan pelbagai lagi manfaat lain.

Jonetz by Don Don Donki juga turut menjalankan jualan akhir tahun pada 12.12 melalui Shopee dengan diskaun dan baucar istimewa untuk direbut.

Di masa akan datang, PPIH Group akan terus mencipta saluran pengedaran baharu untuk terus bersaing di tahap antarabangsa, terus-menerus mempromosikan pembangunan kedai di Malaysia dan aktif memperkembangkan produk pertanian, ternakan dan marin untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan produk Jepun di luar Jepun.

-NIAGATIMES

Don-Don-Donki.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.