Jualan ‘Super Seram Sale’ jadi taruhan terbaharu pusat beli-belah IPC dan IKEA

IPC Shopping Centre (IPC) mengumumkan penganjuran kempen 11.11 dengan pelancaran ‘Super Seram Sale’ yang bertemakan Halloween bagi memudahkan pembeli untuk mengatur rancangan membeli-belah secara lebih awal menerusi laman mikro di superseramsale.my.

Pengurus Pemasaran IPC, Mark Tan berkata, pihaknya berhasrat untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang menyenangkan, selamat dan unik kepada komuniti berikutan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di Lembah Klang akhir-akhir ini.

“Jualan ini diilhamkan untuk merapatkan jurang antara saluran fizikal dan digital serta memberi pilihan kepada orang ramai yang ingin membeli-belah.

“Semua tawaran terbaik akan dipaparkan di laman mikro ‘Super Seram Sale’ kami, laman e-dagang IKEA, serta aplikasi beli-belah IKEA yang baru dilancarkan.

“Khidmat pembeli peribadi dan penghantaran akan disediakan menerusi kerjasama eksklusif kami dengan GoGet dan Beep. Di samping itu, pelanggan boleh memilih untuk mengambil barangan menerusi lorong kutipan pandu lalu.

“Dengan semua pilihan yang sedia ada, orang ramai tidak perlu rasa ‘seram’ untuk memenuhi keinginan beli-belah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Mark menambah, laman mikro yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif daripada berbagai jenama di pusat beli-belah ini turut diadakan di seluruh negara melalui pusat beli-belah lain yang menempatkan IKEA dan boleh dikunjungi di dalam talian bermula hari ini hingga 30 November 2020.

-NIAGATIMES

SUPER-SERAM-SALE.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.