Kaji selidik RAM BCI: Sentimen PKS sektor pembinaan kembali positif

0
12

Sentimen perniagaan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sektor pembinaan menunjukkan semakin pulih pada suku kedua dan suku ketiga (Q2-Q3) tahun ini, menurut kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) yang dikeluarkan hari ini.

Kaji selidik itu yang dijalankan oleh RAM Holdings Bhd dan RAM Rand RAM Credit Information Sdn Bhd, berkata peningkatan sentimen itu sebahagian besarnya dipacu oleh keputusan penyambungan semula secara beransur-ansur projek-projek sektor awam dan juga dasar kerajaan yang lebih jelas berhubung perkembangannya.

“Sektor pembinaan korporat mencatatkan peningkatan 0.2 mata untuk memberikan bacaan indeks pembinaan keseluruhan pada 53.2.

“Sentimen dalam kalangan PKS menunjukkan perubahan ketara dengan indeks pembinaan keseluruhan pulih kepada 51.2 daripada bacaan sentimen negatif sebelumnya pada 49.7,” kata RAM Holdings dalam kenyataan hari ini.

Nilai indeks 50 adalah penanda aras neutral, nilai 50 ke atas menandakan sentimen positif oleh firma dan 50 ke bawah menandakan sentimen negatif. – BERNAMA

Kaji sedilik PKS (Gambar hiasan).jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.