CANTIK KERINTING DENGAN CURLRINTING

Ungkapan โ€˜rambut adalah mahkotaโ€™ seringkali disebut-sebut sebagai metafora yang menjadi tarikan terhadap penampilan seseorang wanita. Ianya bukan mitos! Malah, hakikat yang diakui benar sejak dari dahulu lagi. Jika sebelum ini imej dengan rambut lurus selalu dianggap cantik dan menawan, kini berbeza pula keadaannya apabila stail imej berkerinting yang ditampilkan wanita mula mendapat tempat di hati masyarakat. Itulah antara istimewanya pendekatan yang mahu dibawakan oleh Curlrinting Enterprise.

 

Menurut pengasasnya, Karishma Menon, persepsi majoriti masyarakat di Malaysia sebelum ini yang menganggap rambut berstruktur seperti kerinting sebagai jelik adalah sesuatu yang salah dan mesti dibetulkan. Pandangan negatif kepada individu yang dilahirkan berambut sedemikian seolah-olah mereka seperti pesalah jenayah tidak sepatutnya berlaku.

Lantas, atas semangat memperjuangkan martabat golongan yang turut memiliki rambut unik sepertinya, Karishma mula mewujudkan rangkaian komuniti khas di bawah nama Curlrinting di laman sosial pada tahun 2019 untuk mereka saling bertukar-tukar pendapat.

Titik tolak kebangkitan itu yang seterusnya mendorong Karishma untuk mendirikan syarikat berasaskan produk penjagaan rambut miliknya sendiri.

KARISHMA MENON

 

โ€œPada waktu itu, saya sebenarnya agak kecewa dengan tanggapan buruk sesetengah pihak yang berpendapat kononnya rambut kerinting ini adalah sesuatu yang menyusahkan. Mereka melihat kerinting sebagai imej yang kusut.

โ€œBahkan di dalam iklan produk rambut, mereka juga selalu memperlekehkan kami yang berambut kerinting sebagai subjek yang selekeh dan kemudiannya tiba-tiba bertukar cantik dengan imej rambut lurus pula. Maka dari situlah saya nekad mahu mengubah pandangan umum yang tidak tepat ini.

โ€œSaya yakin, golongan berambut kerinting juga sebenarnya mempunyai potensi dan keistimewaan sendiri. Sedikit demi sedikit saya lakukan carian di internet dan kumpulkan respons daripada komuniti di luar negara di mana mereka mempunyai cara mengurus serta merapi rambut kerinting dengan betul di samping penggunaan produk yang tepat,โ€ ujar Karishma.

Anak kelahiran Sabah berusia 32 tahun ini lantas mengaplikasikan produk-produk yang dibawa masuk dari luar negara kepada dirinya sendiri. Hasilnya? Sangat mujarab dan memuaskan. Rambutnya lebih mudah diurus, kelihatan lebih menawan dan bertambah sihat.

KARISHMA MENON

Menurut Karishma, perbezaannya dapat dikesan kerana produk-produk sedia ada di pasaran tempatan sekadar dilabel sebagai โ€˜For Curly Hairโ€™ (Untuk Rambut Kerinting) tetapi tidak mengandungi bahan-bahan yang sesuai.

Ia sebaliknya berbeza dengan produk-produk yang diketengahkannya yang telah terbukti mengandungi ramuan tepat dan digunakan secara meluas oleh golongan rambut kerinting di seluruh dunia.

โ€œKita ada jenama seperti Fix My Curls dari India dan Righteous Roots dari Amerika Syarikat. Saya tetap mengekalkan jenama-jenama luar ini yang turut mendapat kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, tak ada masalah untuk mereka di luar sana untuk menggunakannya tanpa was-was.

โ€œMalah, Curlrinting juga mempertaruhkan produk-produk penjagaan rambut tempatan berkualiti yang lain seperti Claire Organics, Noosh Naturals dan MIES Haircare yang juga sesuai digunakan oleh semua jenis rambut,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.