Portal dwibahasa PKS nombor satu di Malaysia, NiagaTimes, terbitan PR Partners Asia Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Usahawan Malaysia 2019 untuk merangsang pembangunan keusahawanan di kalangan usahawan-usahawan baharu tempatan.

Selain kumpulan usahawan baharu, golongan bakal-bakal usahawan yang terdiri daripada belia, graduan serta mana-mana individu yang berhasrat mencari peluang kerjaya sebagai usahawan digalakkan hadir menyertai karnival ini yang dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2019 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti ceramah keusahawanan, sesi dialog forum usahawan, padanan kerja, ‘networking’, pameran dan jualan daripada usahawan serta syarikat ternama tempatan akan memenuhi program karnival selama sehari tersebut.

Untuk mendaftar atau dapatkan sebarang maklumat lanjut, sila e-melkan kepada support@niagatimes.com atau hubungi talian 012-253 6614 / 03-9282 6655.

KUM19.jpg