Kementerian Pembangunan Usahawan menegaskan bahawa tiada pengecualian bagi mana-mana usahawan untuk turut menerima manfaat daripada usaha memajukan bidang keusahawanan di negara ini termasuklah kaum India.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, keupayaan kaum India dalam keusahawanan kini semakin semakin berkembang baik malah kementeriannya bersedia memperluaskan akses bagi memudahkan para usahawan untuk mengetahui pelbagai kemudahan serta maklumat terkini.

“Usahawan-usahawan muda terutamanya di kalangan kaum India menunjukkan minat yang tinggi untuk memastikan penglibatan mereka dalam keusahawanan ini boleh dipertingkatkan lagi.

“Bagi mereka yang baru bermula, kita mendedahkan kepada mereka kemudahan yang disediakan MED dalam bentuk maklumat, nasihat dan juga ruang-ruang keusahawanan yang boleh dibantu melalui agensi-agensi serta langkah-langkah untuk memastikan ada kerjasama bersama-sama kementerian yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama usahawan India di Masala Wheels Petaling Jaya, kelmarin.

Hatta Ramli ketika menghadiri sesi ramah mesra bersama usahawan India.jpg