KBS Artvision tembus pasaran ASEAN, buka Awesome-K di Shopee

KBS Artvision telah memperkenalkan kedai secara maya, Awesome-K yang beroperasi di sebuah platform dalam talian popular Asia Tenggara, Shopee baru-baru ini.

KBS Artvision dalam satu kenyataan berkata, Awesome-K ialah sebahagian daripada ‘Projek sokongan 2020 untuk syarikat yang menerokai pasaran V-Dagang antarabangsa’, dan ia membantu perniagaan kecil dan sederhana Korea memasuki pasaran global dengan menghasilkan kandungan video.

“Selepas pengumuman daripada KBS Artvision, ia menilai pemohon untuk memilih produk yang menonjol dan menghasilkan kandungan V-Dagang yang mencerminkan kelebihan dan ciri-ciri produk tersebut.

“Video tersebut disiarkan oleh pencipta Korea dan Malaysia, yang menunjukkan cara menggunakan produk-produk tersebut dalam video dan menimbulkan minat daripada penonton.

“Syarikat-syarikat yang ditampilkan di Awesome-K menerima pelbagai manfaat seperti promosi melalui platform media sosial, promosi tempatan yang disesuaikan untuk meningkatkan jualan, dan banyak lagi, di samping penciptaan video,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jabatan Perniagaan Kandungan KBS Artsvision, Bae Young Sik berkata, pihaknya melihat potensi perniagaan di Shopee memandangkan aplikasinya telah dimuat turun lebih daripada 200,000 kali dan disenaraikan sebagai platform beli-belah nombor satu di tujuh negara di rantau Asia Tenggara.

“Kami akan melakukan usaha kami yang terbaik untuk menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan kepada pelanggan di Asia Tenggara, dan untuk menyokong syarikat Korea memasuki pasaran global,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Awesome-K.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.