Kelab Usahawan Francais pupuk budaya keusahawanan golongan pelajar

Bagi mewujudkan lebih ramai bakal usahawan francais khususnya golongan usahawan muda, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kampung Kerinchi, Bangsar South melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mewujudkan Kelab Usahawan Francais (KUF) dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim, KUF ditubuhkan bagi memberi pendedahan awal dan meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar mengenai konsep perniagaan khususnya bidang francais selain dari menyemai minat, membentuk nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas tamat belajar.

“Ahli-ahli KUF ini akan diberi pendedahan mengenai keusahawanan khususnya dalam bidang francais yang merangkumi maklumat-maklumat mengenai konsep perniagaan francais serta kelebihan konsep perniagaan francais berbanding konsep perniagaan yang lain.

“Selari dengan penubuhan KUF ini, satu sudut informasi telah diwujudkan di pusat sumber sekolah tersebut bagi memberi pendedahan awal mengenai industri francais,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pelaksanaan program berkenaan, Pernas turut membawa dua jenama besar francais iaitu Focus Point dan Marrybrown sebagai rakan strategik.

Focus Point menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma kepada 200 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 40 ahli KUF. Focus Point dan Pernas turut menaja sebanyak 100 cermin mata percuma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan cermin mata.

Manakala, Marrybrown menyumbang makan tengah hari kepada para pelajar di mana inisiatif kedua-dua jenama ini merupakan salah satu inisiatif CSR syarikat kepada masyarakat.

-NIAGATIMES

kredit-foto-Pernas.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.