Cadangan penambahbaikan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi melibatkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perniagaan mikro sedang dinilai sebaik-baiknya oleh pihak kerajaan dengan butiran mengenainya dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, hasil perbincangan bersama-sama pemain industri tempatan telah memperlihatkan pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian secara khusus dan perkara tersebut seterusnya akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diperhalusi terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
โKementerian Kewangan telah mengumpulkan dan mempertimbangkan tiap-tiap maklum balas dan bidang tertentu yang dikenal pasti untuk penambahbaikan.
โPerdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dijangka mengumumkan langkah sokongan selanjutnya untuk PKS dan perniagaan mikro pada minggu depan,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.