Kerajaan benar operasi syarikat demi rancakkan semula sektor ekonomi

Keputusan kerajaan membenarkan operasi hampir kesemua syarikat bermula hari ini dilihat akan menyumbang kepada pertumbuhan semula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan langsung asing dan tempatan, menjana prospek eksport serta kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk kemampanan pekerjaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, langkah tersebut juga merupakan satu pendekatan yang proaktif dan bersesuaian bagi memastikan ekonomi negara terus kekal mampan dan berdaya saing setelah keberkesanan memerangi wabak Covid-19 kini berada di tahap yang baik.

โ€œKeputusan kerajaan bagi membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi dijangka akan memberikan impak positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara serta kelangsungan pekerjaan rakyat.

“Kerajaan juga berharap dengan pembukaan sektor-sektor ekonomi ini, komuniti perniagaan khususnya PKS akan dapat memulihkan semula operasi perniagaan mereka, mengukuhkan aliran tunai, membina semula rantaian bekalan dan menangani risiko kehilangan pasaran eksport,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Azmin-Ali-Kredit-foto-Azmin-Ali.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.