Kerajaan kini sedang merangka Pelan Pemulihan Ekonomi yang menyeluruh melibatkan kerjasama Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri (UPE) sebagai pelengkap kepada pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi ekoran penularan wabak Covid-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementeriannya menumpukan usaha-usaha jangka pendek dan sederhana terhadap strategi pemulihan serta pembangunan ekonomi bagi menyokong strategi jangka panjang kerajaan dengan perinciannya akan dibentangkan untuk pertimbangan Majlis Tindakan Ekonomi dan juga kabinet dalam masa terdekat.
โAntara objektif jangka masa pendek dan sederhana yang disasarkan ini termasuk membina keupayaan perniagaan dan individu, menanamkan keyakinan di kalangan pengguna serta memperkasakan persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah Tengku Zafrul, kementeriannya sedia maklum akan cabaran-cabaran norma baharu yang bakal ditempuh apabila berdepan persekitaran dunia pasca Covid-19.
โOleh itu, bersama dengan UPE, sesi libat urus telah pun bermula bersama dengan pihak berkepentingan pelbagai industri dan sektor untuk mendapatkan maklum balas yang berkaitan dalam usaha memulih dan membangunkan ekonomi negara,โ katanya.