Kerajaan lulus dana tambahan bantu PKS

0
21

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan kini boleh menarik nafas lega setelah khabar gembira mengenai peruntukan dana tambahan terhadap sektor keusahawanan negara akhirnya dipersetujui kerajaan dengan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, peruntukan tersebut yang bakal disalurkan melalui kementeriannya secara agihan ke agensi-agensi berkelayakan akan melibatkan sejumlah 15 hingga 20 peratus daripada RM325.5 juta jumlah bajet pembangunan keusahawanan Belanjawan 2020.

“Perbincangan saya bersama-sama Perdana Menteri berkenaan pindaan (Belanjawan) untuk melaksanakan program yang telah dirancang (MED) dan beliau telah bersetuju menambah sedikit (jumlah dana) yang tidak perlu saya nyatakan di sini. Ia sudah cukup bermakna untuk kita salurkan kepada agensi mengikut merit pelaksanaan itu sendiri.

“Kita sasarkan Malaysia sebagai negara keusahawanan serta mahu melihat rakyat mempunyai kuasa beli dan pendapatan yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun TEKUN Nasional ke-20 di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, semalam.

Redzuan-ketika-merasmikan-Majlis-Sambutan-Ulang-Tahun-TEKUN-Nasional-ke-20-Foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.