Kerajaan perkenal insentif M&A baharu buat PKS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan insentif pengecualian duti setem kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

SME Corp. dalam satu kenyataan berkata, insentif ini dikhaskan kepada syarikat PKS milikan penuh rakyat Malaysia dalam semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

โ€œIanya diwujudkan untuk membantu membina keupayaan syarikat tempatan dan menggalakkan penggabungan antara dua entiti PKS atau pengambilalihan entiti PKS oleh entiti PKS yang lain untuk menjadi satu entiti perniagaan baharu yang lebih besar melalui suratcara dan kontrak undang-undang,โ€ katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengecualian duti setem ke atas instrumen bagi aktiviti M&A ini merangkumi kos Kontrak atau Perjanjian untuk penjualan atau pajakan harta tanah termasuk tanah, bangunan, mesin dan peralatan); Suratcara Pemindahan dan Memorandum Persefahaman; Pinjaman atau Perjanjian Pembiayaan; dan Perjanjian Penyewaan Pertama.

โ€œPermohonan insentif ini hanya layak bagi PKS yang melaksanakan aktiviti M&A dalam tempoh antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 sahaja.

โ€œBorang permohonan insentif ini boleh dimuat turun melalui laman web SME Corp. di www.smecorp.gov.my dan permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

PKS-Kredit-foto-SME-Corp.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.