Kerajaan sedia dana RM1 billion buat usahawan muda

0
43

Golongan belia yang ragu-ragu untuk mara lebih jauh di dalam arena keusahawanan tidak perlu bimbang kerana kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM1 billion bagi menyokong kumpulan tersebut memperkukuhkan lagi keberadaan mereka di dalam industri.

Peruntukkan yang disalurkan melalui Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda itu telah dipersetujui kerajaan bagi memenuhi Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan berkenaan Iltizam untuk Anak Muda.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, keupayaan usahawan muda mencetus inspirasi masa depan telah menarik minat pihak kerajaan untuk memberi bantuan bagi merancakkan lagi  penglibatan mereka dalam pembangunan negara.

“Usaha Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama Kementerian Pembangunan Keusahawanan ini dilihat bukan sahaja mampu merasionalisasi dan memperhalusi program belia sedia ada, malah cetusan pelbagai idea baharu daripada usahawan muda turut dapat diterjemahkan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh anjuran Armani Media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.