Kerajaan setuju beri kelonggaran syarikat beroperasi tanpa had masa

Tiap-tiap syarikat yang telah menjalankan kegiatan di bawah sektor ekonomi yang dibenarkan oleh kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap satu (PKP 1), dua (PKP 2) dan tiga (PKP 3) kini diberi kelonggaran untuk beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan masing-masing, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu bagaimanapun dibuat dengan ketetapan iaitu pihak syarikat terlibat wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing dengan kegagalan mematuhinya akan berdepan pembatalan operasi serta tindakan undang-undang.

โ€œKebenaran ini berkuatkuasa mulai 29 April 2020 (hari ini). Pihak syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran.

โ€œInisiatif ini akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara. Ini tentunya akan memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azmin-Ali.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.