Kerjasama agensi perkasakan usahawan wanita

Usahawan wanita dinasihatkan tidak patah semangat untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan kerana kerajaan melalui agensinya telah merangka satu kerjasama bagi menangani jumlah penyertaan kumpulan tersebut yang kurang memberangsangkan di dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah menyelia satu pakatan antara Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan SME Bank yang bertindak mencipta peluang bagi usahawan wanita mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Kita mahu memperbaiki angka penglibatan 20.6% usahawan wanita di dalam industri PKS
dengan mewujudkan pelbagai tawaran kemudahan pembiayaan dan keistimewaan-keistimewaan khusus bagi kaum hawa melalui kerjasama ini.

“Mereka akan menikmati beberapa keistimewaan seperti laluan kepada program-program
latihan, bimbingan dan rangkaian sekaligus mengangkat martabat kaum hawa sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara,” katanya pada majlis pelancaran SME Bank Xcess 2018 di Nexus Bangsar South, semalam.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.