Kerjasama Boomi, SingPost aktifkan penghantaran logistik e-dagang masa nyata di seluruh Asia Pasifik

Boomi, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Singapore Post Limited (SingPost) telah menggabungkan platform Boomi untuk menambah baik kecekapan operasi dan mempercepat suai tugas pelanggan bagi memenuhi matlamat transformasi digital penyedia perkhidmatan tersebut.

Meskipun industri logistik global dijangka mencecah AS$6.3 trilion pada tahun 2023, hasil e-dagang Asia sahaja dijangka mencecah AS$1.92 trilion menjelang tahun 2024.

Sebagai penyedia logistik pos dan e-dagang terkemuka di Asia Pasifik, SingPost menyediakan perkhidmatan di 13 pasaran merentasi 220 destinasi global.

Bersama matlamat untuk menumpukan kepada penghantaran bungkusan e-dagang pada peringkat tempatan dan antarabangsa, SingPost memulakan projek transformasi digital, dengan menerima pakai teknologi canggih, termasuk platform integrasi data yang boleh disesuaikan dan AI janaan.

Untuk memodenkan perniagaan syarikat itu dalam menghadapi landskap rantaian bekalan yang kompleks dan menambah baik kepuasan pelanggan, SingPost memerlukan penyelesaian berskala besar dan berkesan bagi transformasi dan pemetaan data, serta pengurusan integrasi dan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).

โ€œData ialah asas perniagaan kami. Kami menggunakan data untuk mengatur penghantaran logistik e-dagang secara menyeluruh dengan pengalaman pelanggan kami menjadi keutamaan.

โ€œKami perlu memastikan pelanggan kami sentiasa dimaklumkan mengenai setiap langkah terkini sepanjang proses dijalankan, dari masa mereka membeli item dalam talian sehingga item tersebut dihantar ke depan pintu mereka,โ€ kata Noel Singgih, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kumpulan, SingPost.

-NIAGATIMES

E-commerce-logistics-Image-for-Illustration.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.