Kerjasama CGC, Sunway University pemangkin kapasiti PMKS

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Sunway University telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kolaboratif untuk menyediakan peningkatan kapasiti bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Kerjasama ini menepati keperluan masa kini kerana PMKS adalah tulang belakang ekonomi dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi negara. Lebih daripada 97 peratus perniagaan adalah PMKS, menyumbang lebih daripada 38 peratus kepada KDNK dan 48.2 peratus daripada tenaga kerja Malaysia. Statistik ini mengukuhkan fakta bahawa PMKS adalah pemegang saham utama dalam agenda kelestarian Malaysia.

Melalui kerjasama ini, CGC dan Sunway University akan menyediakan Bengkel Nasihat (Modul Pertengahan) dengan modul pembelajaran aras tinggi untuk PMKS. Ini akan melengkapkan perjalanan pembelajaran PMKS setelah menghadiri Bengkel Nasihat (Modul Asas) dengan CGC Developmental Programme.

Program ini bertujuan untuk mencipta kesan positif dalam ekosistem PMKS dengan meningkatkan pembelajaran melalui teori perniagaan dan aplikasi pengetahuan dalam dunia perniagaan.

Modul pembelajaran yang diketengahkan oleh Sunway University Business School akan disampaikan kepada PMKS melalui bengkel fizikal yang dianjurkan melalui CGC Developmental Programme. Pensyarah daripada Sunway University Business School akan turut serta sewaktu sesi perkongsian ilmu dengan PMKS.

Program untuk PMKS ini akan berfungsi sebagai transformasi pendidikan buat mereka kerana program ini akan menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang akan mendorong perniagaan PMKS dalam pelbagai industri.

PMKS dikehendaki untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu Bengkel Nasihat (Modul Asas) bersama CGC Developmental Programme bagi melayakkan untuk menerima Bengkel Nasihat (Modul Pertengahan) oleh Sunway University.

Perkongsian antara CGC dan Sunway University adalah sambungan kepada Networking Session yang dicetuskan oleh CGC dan diperkukuhkan oleh Sunway University, Ianya yang telah dianjurkan sejak awal tahun ini. Program CGC- Sunway University yang telah direka khas untuk memperkukuhkan ekosistem PMKS, menggalakkan hubungan dengan tokoh-tokoh industri, yang akan memperkuatkan jejak rangkaian PMKS.

-NIAGATIMES

CGC-Sunway-Uni.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.