Kerjasama Chunghwa Telecom, Hospital Thonburi realisasikan khidmat hospital pintar di Thailand

Chunghwa Telecom Co Ltd. (CHT) dan Hospital Thonburi (TH) telah menandatangani MoU Hospital Pintar pada akhir Mei 2022, baru-baru ini.

Berikutan dengan strategi ‘Hab Perubatan Asia’ oleh kerajaan Thailand pada tahun 2004, dan matlamat mereka untuk menjadi negara Asia Tenggara yang terkemuka di dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan antarabangsa, kedua-dua pihak meneruskan kerjasama POC wad pintar mereka dan memperoleh satu pencapaian baharu bagi aplikasi hospital pintar di Thailand.

Di antara rangkaian hospital Kumpulan Penjagaan Kesihatan Thonburi di Thailand, Hospital Thonburi terus-menerus menaikkan taraf dan berkembang untuk memenuhi komitmen mereka dengan kecemerlangan di dalam setiap aspek.

Ia termasuklah pasukan mereka yang didorong oleh kualiti dan terdiri daripada lebih 350 pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, penggunaan teknologi perubatan yang paling canggih, serta budaya prihatin dan belas kasihan yang telah berakar umbi.

Bersekutu dengan rakan-rakan yang cemerlang di dalam industri penjagaan kesihatan, termasuk ‘imedtac’ dari Taiwan dan MD Healthcare dari Thailand, Chunghwa Telecom memperkenalkan kepada Hospital Thonburi dengan penyelesaian wad pintar, termasuk stesen jururawat pintar, kiosk tanda vital semua-dalam-satu, kabinet pendispensan automatik, Paparan Maklumat Sisi Katil Ekertas dan Sistem Pengurusan ToF Fall.

Penyelesaian ini membantu mengurangkan beban kerja bagi kakitangan perubatan, meningkatkan kualiti bagi perkhidmatan perubatan dan meningkatkan prestasi operasi. Chunghwa Telecom terus-menerus berusaha meningkatkan daya saing dengan menggunakan teknologi dan aplikasi ICT.

-NIAGATIMES

2.Hsueh-Lan_Wu_President_of_Chunghwa_Telecom_International_Business_Group_and_Chairman_of_Chunghwa_Telecom_Thailand_Co._Ltd_and-Dr._Siripong_Luengvarinkul_Chief_Executive_Officer_of_Thonburi_H.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.