Dewan Perdagangan ASEAN mengambil inisiatif dengan menjalinkan satu kerjasama bersama-sama Kementerian Kewangan (MOF) dalam mencapai sasaran membuka peluang kepada usahawan tempatan meluaskan perniagaan ke segenap rantau Asia Tenggara.
Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja telah memberi penekanan terhadap beberapa aspek peluang usahawan malah turut menyenaraikan beberapa sektor yang perlu diberikan tumpuan seperti minyak, tekstil, perladangan dan makanan.
“Pertemuan dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) adalah bagi memastikan kemajuan perdagangan Malaysia. Kami juga telah diberi pelbagai tunjuk ajar dan penjelasan membabitkan hala tuju bagi memantapkan kredibiliti usahawan tempatan sehingga ke peringkat ASEAN.
“Dewan Perdagangan ASEAN akan turut meningkatkan langkah seperti mengadakan beberapa siri lawatan ke negara-negara ASEAN bagi memantapkan interaksi perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan selepas megadakan sesi pertemuan dengan Guan Eng, kelmarin.