DoctorOnCall telah menandatangani Memorandum Perjanjian baru-baru ini dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade). Perkongsian ini akan membolehkan pengguna aplikasi Merchantrade Money mendapatkan perkhidmatan konsultasi dalam talian dengan doktor yang diiktiraf serta kemudahan membeli ubat melalui e-farmasi dengan selamat dan penghantaran yang mudah.
Para pengguna Merchantrade Money hanya perlu klik ikon ‘bercakap dengan doktor’ dan ‘e-farmasi’ selepas selesai sesi konsultasi dengan doktor. Perkongsian ini akan memastikan penjagaan kesihatan digital berkualiti dan dengan harga berpatutan untuk kemudahan pengguna Merchantrade Money oleh DoctorOnCall.
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia, Ramasamy K. Veeran berkata, pihaknya percaya inisiatif ini akan menyediakan akses yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
“Ia juga akan menangani apa-apa keperluan perubatan mereka dengan segera dan mudah. Pengguna kami mungkin berada di luar negara atau di kawasan terpencil di Malaysia.
“Oleh kerana itu, kemudahan DoctorOnCall ini akan memberi mereka akses dan rawatan perubatan yang tepat pada masanya, di mana sahaja mereka berada,” katanya.
Tambah Ramasamy, kerjasama tersebut membuktikan DoctorOnCall adalah pengusaha platform perubatan digital pertama yang bekerjasama dengan perkhidmatan ‘e-wallet’.
-PR NEWSWIRE