Kerjasama Janio, MDEC pacu transformasi digital PKS Malaysia

0
11

Janio telah dilantik sebagai rakan kongsi inisiatif e-Dagang rentas sempadan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) untuk membantu memacu Peta Jalan Strategik e-Dagang Nasional Malaysia (NESR).

Sebagai rakan kongsi MDEC, Janio membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia berkembang di luar negara dengan menyediakan penyelesaian logistik merentas sempadan yang akan menyampaikan produk mereka di seluruh Asia Tenggara.

Demi membantu MDEC memacu NESR lebih jauh, Janio telah bekerjasama dengan MDEC untuk menganjurkan acara bagi membawa lebih banyak perniagaan Malaysia memasuki ke e-Dagang dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) secara aktif.

Ketua Penyesuaian PKS di MDEC, Carol Fung menambah, “Janio telah banyak membantu dalam pelaksanaan program penyesuaian MDEC untuk memacu NESR ke hadapan. Terutamanya dalam membantu para pedagang mengakses pasaran antarabangsa seperti Indonesia.”

“Kami tidak sabar menanti untuk bekerjasama dengan MDEC bagi membantu lebih banyak perniagaan berkembang merentas sempadan e-Dagang,” kata Ketua Pegawai Operasi Janio Asia, Syed Ali Ridha Madihid.

-PR NEWSWIRE

Usahawan-digital-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.