Kerjasama Korea, Malaysia rancakkan segmen PKS

Korea Selatan telah menyatakan kesudian untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia bagi merancakkan lagi segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melibatkan kedua-dua negara di masa akan datang, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, persetujuan tersebut telah disepakati hasil pertemuan wakil kerajaan Korea dan Malaysia dengan permintaan Mahathir untuk turut mendapatkan rakan niaga PKS dari negara berkenaan disambut baik.

“Mereka (Korea) juga berminat membantu syarikat-syarikat kecil di negara kita,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan 2019 di Busan, semalam.

Tambah Mahathir, kerjasama antara Korea dan Malaysia juga boleh direalisasikan melalui implementasi penggunaan teknologi moden dalam perniagaan yang dilakukan PKS.

“Contohnya seperti dalam sektor pertanian. Korea memiliki teknologi yang membolehkan anda (pengusahanya) mendapat keuntungan walaupun sekadar menguruskan seekar tanah,” katanya.

Tun-M-ketika-menghadiri-Sidang-ASEAN-ROK.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.