Kerjasama MAIWP-SME Corp lahirkan 100 usahawan asnaf

SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membangunkan seramai 100 asnaf dalam program bimbingan keusahawanan bagi membuka peluang mereka menjadikan usahawan sebagai kerjaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, program yang dikenali sebagai Program Tunas Usahawan Baitumal atau ‘Asnafperneur’ tersebut akan melaksanakan fokus kepada latihan berkaitan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran ekonomi digital.

“Matlamat kita ialah membela golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) dengan memberi mereka modal untuk berniaga dalam pelbagai bidang di bawah bimbingan pegawai SME Corp.

“Sesetengah pihak memahami bahawa kutipan zakat itu adalah membantu. Kemudian mereka hanya berhenti di situ. Tetapi apabila kita mengambil alih, kutipan zakat itu dapat dikembangkan dengan penglibatan golongan asnaf menerusi program keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal di Platinum Sentral Kuala Lumpur, hari ini.

Pertukaran dokumen MoU MAIWP-SME Corp (Kredit foto MED).jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.