Kerjasama MEDAC, JAKIM rancakkan ekonomi usahawan Muslim

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi meningkatkan aktiviti ekonomi ummah melalui usahawan serta cadangan penubuhan koperasi-koperasi masjid dan surau.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha tersebut diambil susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan bilangan koperasi masjid dan surau ditambah.

โ€œObjektif pertemuan ini ialah selain memberi tumpuan terhadap peluasan koperasi kariah masjid, MEDAC juga mencadangkan empat jalinan kerjasama yang boleh diterokai. Pertama, dengan memperluaskan penubuhan koperasi masjid ke seluruh negara dalam meningkatkan kualiti kehidupan kariah masjid.

โ€œMalah, kita juga mahukan penambahan bagi nilai komersil ke atas produk usahawan dan koperasi melalui pensijilan halal. Tidak terkecuali, nilai Program Usahawan Asnaf juga perlu ditambah.

โ€œSelain itu, tanah-tanah waqaf di seluruh negara turut perlu dimajukan untuk kemaslahatan ummah,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru menurut Wan Junaidi, beberapa pertimbangan telah dimohon kepada JAKIM ketika pertemuan ini.

โ€œKita harap penubuhan koperasi kariah masjid baharu dan pemulihan koperasi tidak aktif dan dorman selain kerjasama khidmat nasihat dan bimbingan pensijilan halal kepada agensi-agensi MEDAC perlu diadakan.

โ€œMEDAC juga harap pertimbangan usaha sama bagi memajukan tanah wakaf dan meningkatkan kualiti kehidupan usahawan asnaf,โ€ ujarnya.

MEDAC-JAKIM.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.