Kerjasama media bantu golongan kurang berkemampuan

NiagaTimes bersama-sama rakan media iaitu Top10 Malaysia dan CSR Malaysia telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan seramai 65 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang, hari ini.

Program berkenaan merupakan aktiviti CSR pertama hasil kerjasama ketiga-tiga media pada tahun ini bagi berkongsi kejayaan mereka dan berkongsi kegembiraan bersama kanak-kanak tersebut.

Sesi beramah mesra dengan kanak-kanak di rumah kebajikan itu kemudiannya diakhiri dengan penyampaian sumbangan makanan dan kewangan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Program CSR kerjasama media NiagaTimes, Top10 Malaysia dan CSR Malaysia ke PKIPM.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.