Peneraju PV yang tersenarai dalam pasaran saham A China, Risen Energy Co Ltd baru-baru ini menandatangani kontrak kolaboratif bersama penyedia penyelesaian yang terkemuka dalam bidang perlindungan kilat dan pusuan, Tokai Engineering (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Shah Alam, Malaysia.
Di bawah kontrak tersebut, firma China berkenaan akan menyediakan 20MW daripada modul PV solar berkecekapan tinggi kepada firma Malaysia tersebut. Ia mewakili pesanan pertama di dunia untuk modul 500W dan satu lagi contoh kepimpinan Risen Energy dalam era PV 5.0.
Mengulas mengenai perkongsian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Tokai Group, Datuk Ir. Jimmy Lim Lai Ho berkata, Risen Energy menerajui industri ini dalam menerima era PV 5.0 dengan modul berkecekapan tinggi 500W yang berasaskan teknologi canggih.
“Kami berasa amat teruja untuk memeterai kerjasama bersama Risen Energy ini dan mengharapkan penyerahan dan pelaksanaan modul tersebut dalam masa terdekat dengan tujuan untuk mencapai kos tenaga elektrik terlaras yang lebih rendah dan kadar pendapatan yang lebih tinggi daripada kuasa yang dijana,” katanya.
Sementara itu, Pengarah pemasaran global Risen Energy, Leon Chuang berkata, pihaknya berasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan Tokai dengan modul berkecekapan tinggi 500W yang membawakan beberapa kelebihan.
“Sebagai penyedia pertama di dunia bagi modul 500W, kami yakin dan layak menjadi peneraju dalam era PV 5.0. Kami akan kekal komited terhadap pendekatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memberi tumpuan pada produk-produk berkecekapan tinggi dan berkos rendah selain penyelesaian yang dapat memenuhi kehendak pasaran,” katanya.
-PR NEWSWIRE