Kerjasama SME Corp-Bank Dunia perkasa PKS di Malaysia

SME Corporation Malaysia (SME Corp) bekerjasama dengan Bank Dunia untuk menjadikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan lebih relevan dalam ekonomi global, sesuai dengan trend semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, SME Corp sedang mengumpul data PKS untuk dikongsi dengan institusi kewangan antarabangsa terbabit.

“Bank Dunia melakukan penyelidikan dan kajian secara teratur. Dengan berkongsi data, ia akan membolehkan Bank Dunia mengukur pembabitan kita dan hasil daripada pelbagai komuniti dalam industri (PKS).

“Mereka juga boleh memberi hasil kajian dari segi pertumbuhan (unjuran) selain cadangan mengenai sektor yang perlu difokuskan,” katanya kepada Bernama di luar Seminar Penyelarasan Indeks Dasar PKS ASEAN (ASPI) di Platinum Sentral, semalam. – BERNAMA

Noor Azmi (paling kanan) ketika menghadiri Seminar Penyelarasan ASPI.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.