Kerjasama SME Corp, PPZ-MAIWP bantu PKS tunai zakat

SME Corporation Malaysia (SME Corp) berharap insiatifnya menjalikan kerjasama bersama-sama Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan mengadakan Majlis Majlis Zakat Usahawan 2020 dapat memudahkan usahawan Muslim menunaikan kewajipan Islam yang keempat tersebut bagi zakat perniagaan.

Menurut satu kenyataan semalam, SME Corp memaklumkan bahawa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bernaung di bawah agensinya bukan sahaja dapat membayar zakat perniagaan mereka di PPZ-MAIWP pada program tersebut, malah maklumat mengenai zakat perniagaan juga dapat disampaikan secara terus kepada mereka yang menjalankan perniagaan khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Bersempena dengan Majlis ini, sijil perakuan pembayaran zakat telah diserahkan kepada kesemua 20 syarikat PKS di bawah naungan SME Corp yang telah membayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM114,150.

“Membayar zakat merupakan kewajipan yang dituntut di kalangan umat Islam. Justeru itu, penyerahan sijil zakat perniagaan ini secara tidak langsung dapat memberikan keyakinan kepada para pelanggan mengenai urusniaga syarikat, seterusnya membantu memberi pulangan yang lebih positif terhadap syarikat-syarikat PKS tersebut,” jelas kenyataan tersebut.

Zakat-SME-Corp.JPG

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.