Kerjasama strategik ACCMSME-AJC perkasakan usahawan wanita

Mesyuarat Koordinasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana ASEAN (ACCSME) dan Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan terus bekerjasama mempelbagaikan program pembangunan usahawan wanita bagi meningkatkan keupayaan golongan tersebut dalam memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Program Hubungan Usahawan Wanita ASEAN-Jepun (AJWELP) yang dianjurkan sebagai contohnya mampu memperkasakan wanita untuk lebih menguasai perdagangan, kepimpinan dan keusahawanan.

โ€œSaya diberitahu 10 finalis AJWELP telah menyampaikan rancangan perniagaan mereka kepada mentor, syarikat sokongan dan pihak berkepentingan semasa acara pembentangan perniagaan.

โ€œSaya dimaklumkan bahawa terdapat banyak minat dalam membangunkan perniagaan ini di rantau dan pasaran luar,โ€ katanya pada majlis Resepsi Makan Malam AJWELP di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, semalam.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucaptama pada Resepsi Makan Malam AJWELP 2019.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.