Kerjasama Tourism Malaysia, MAH, Shopee promosi kempen baharu Cuti-Cuti Malaysia

Tourism Malaysia bersama-sama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Shopee Malaysia telah berganding bahu dalam menghidupkan semula ekonomi dan rantaian bekalan pelancongan menerusi kempen ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before’.

Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata, kempen di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) ini akan bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2021 dan akan menawarkan e-baucar menarik kepada para pembeli.

“Pembeli akan dapat menebus e-baucar RM50 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel satu hingga tiga bintang, atau e-baucar RM100 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel empat atau lima bintang di seluruh negara.

“E-baucar hanya boleh ditebus oleh rakyat Malaysia dan adalah layak untuk digunakan sekali sahaja berdasarkan terma dan syarat ‘first come first serve’.

“Pembayaran boleh dibuat menggunakan ShopeePay, kad debit atau kad kredit. 18,750 pembeli terawal juga akan menikmati baucar tambahan RM20,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya berbesar hati memberi sokongan dan sumbangan bersama-sama Tourism Malaysia dan MAH dalam memastikan industri pelancongan dapat dihidupkan kembali.

“Kami akan menggugurkan semua komisen dan caj transaksi di platform kami bagi kempen ini sebagai dorongan tambahan buat para pemain industri.

“Bersama-sama dengan e-baucar menarik yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, kami yakin industri perhotelan akan kian pulih,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Kempen-CCM-2021.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.