Kerjasama Yash, Soltius teroka rantaian bekalan digital di Indonesia

Yash Technologies, sebuah perkhidmatan teknologi global terkemuka, dan penyedia perkhidmatan luaran, mengumumkan satu perkongsian strategik dengan Soltius Indonesia, sebuah penyedia penyelesaian perniagaan teknologi maklumat (IT) yang sangat dihormati di Indonesia.

Perkongsian ini akan membolehkan Yash dan Soltius Indonesia untuk bersama-sama menyampaikan penyelesaian Rantaian Bekalan Digital (DSC) SAP transformatif dan perkhidmatan yang berkaitan kepada organisasi di rantau itu, terutama di dalam bidang IBP (Perancangan Perniagaan Bersepadu), IAM (Pengurusan Aset Bersepadu), DRCM (Digital R C M), Industri 4.0 dan EHS (Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran).

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Soltius Indonesia, satu daripada penyedia perkhidmatan teknologi terkenal di Indonesia. Perkongsian ini akan menumpukan perhatian kepada membantu pelanggan bersama kami menggambarkan semula dan mengubah rantaian bekalan global mereka dan menjadi bingkas dengan memanfaatkan suite Penyelesaian Rantaian Bekalan Digital SAP itu,” kata Naib Presiden Asia Pasifik Yash Technologies.

Dengan perkongsian ini, Yash dan Soltius Indonesia akan memanfaatkan metodologi terbaik mereka dan keupayaan perundingan proses bagi memperkemaskan proses rantaian bekalan, mendorong prestasi perniagaan, dan mengoptimumkan kos.

Ketika mengumumkan perkongsian itu, Andreas Gunadi, Pengarah bagi Soltius Indonesia, berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Yash Technologies, sebuah penyedia perkhidmatan SAP global dengan satu kehadiran yang teguh di kawasan rantaian bekalan digital.

“Mereka membawa penyelesaian pakej pra-konfigurasi SAP Bertauliah dan pengalaman pelaksanaan yang kaya merentasi Amerika Syarikat, Eropah, Asia, dan Timur Tengah,” katanya.

-NIAGATIMES

YASH.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.