Keselamatan siber, pengkomputeran awan global jadi tumpuan di Sangfor EPIC 2021

Sangfor Technologies telah menganjurkan Sidang Kemuncak Inovasi Sangfor EPIC pada 21 Oktober 2021 lau dengan penglibatan pakar-pakar IT global dan pemimpin-pemimpin pemikiran teknologi membincangkan mengenai penyelesaian keselamatan awan dan siber yang paling canggih tahun ini.

Acara ini menghimpunkan lebih 2,800 hadirin berdaftar, dari 25 wilayah yang mewakili sektor kerajaan, pembuatan, pendidikan, perusahaan dan kewangan.

Sidang kemuncak inovasi tahunan ini diwujudkan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan yang dibangunkan atau dikemas kini untuk tahun akan datang.

Para hadirin terdahulu melibatkan para eksekutif IT dan pakar industri yang terkemuka dari serata dunia, kesemuanya bekerjasama untuk memajukan visi Sangfor dan produk yang canggih.

Pembentang-pembentang Sangfor EPIC 2021 terdiri daripada Chris Morris, Naib Presiden IDC APAC, Jason Yuan, Naib Presiden Jabatan Pemasaran Antarabangsa Sangfor dan wawancara mendalam bersama Rick Lei Li, Ketua Pegawai Maklumat Coca-Cola SCMC dan Wilbertus Darmadi, Ketua Pegawai Maklumat Astra Motor – kedua-duanya merupakan pelanggan Sangfor.

Sangfor turut mengadakan bengkel kolaboratif bersama peneraju industri IDC yang mana peserta-peserta bertanya mengenai pengkomputeran awan dan transformasi digital seperti perkhidmatan awan dan profesional terurus.

Bob Ghaffari dan William McDonald daripada Intel turut mengadakan pembentangan yang memberi pencerahan mengenai Pinggir Perkhidmatan Akses Selamat (Secure Access Service Edge).

Sangfor juga mengambil peluang ini untuk melancarkan Perkhidmatan Awan Terurus Sangfor (Managed Cloud Service, MCS) yang memberi kemudahan dan kefleksibelan awan awam serta keselamatan, kawalan dan perkhidmatan awan persendirian.

Sangfor MCS menawarkan Infrastruktur-sebagai-satu-Perkhidmatan (IaaS), Platform-sebagai-satu-Perkhidmatan (PaaS) dan Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan (SECaaS).

Pelanggan memilih hos awan, storan dan rangkaian khusus mereka sendiri, atau memilih awan persendirian, data dan perkhidmatan pemulihan atau kesemuanya.

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-Sangfor.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.