Kerajaan telah memperkenalkan MYHackathon, iaitu salah satu inisiatif terbaharu di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) bagi menaik taraf dengan lebih lanjut servis penyampaian terpilih kerajaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) ini mendapat kerjasama Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan UniMAKER.
Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak termasuk kerajaan, industri dan individu perlu bekerja seiring bagi mengatasi cabaran-cabaran ini dan bangkit dengan lebih kuat sebagai sebuah negara.
โInilah peluang di mana solusi digital dan pemain teknologi berperanan penting memandangkan kita kini menuju ke arah pemulihan ekonomi dan meningkatkan tahap efisien.
โDengan matlamat ini, kita telah mengenal pasti lingkungan pernyataan masalah dalam kerajaan yang memerlukan solusi yang konkrit dan implementasi yang pantas,โ katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Rafiza Ghazali dalam satu kenyataan berkata, pihak kerajaan dapat menyediakan servis untuk mengatasi ramalan perubahan oleh orang awam dan perniagaan, terutamanya pada masa belanjawan yang ketat dan meningkatnya cabaran yang rumit menerusi pendigitalan.
โMYHackathon menyasarkan untuk menjadi salah satu pemangkin utama dalam revolusi digital untuk negara.
โKami mahu hackathon ini memacu pemikiran dan kreativiti, sekaligus mencipta persekitaran positif yang akan mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan awam, penjagaan kesihatan dan logistik.
โPendigitalan sepatutnya tidak boleh ditangguhkan kerana situasi semasa yang kita hadapi. Sebaliknya ia perlu dipercepatkan,โ katanya.
-NIAGATIMES