KKMM bakal perkenal dasar sokong syarikat pemula niaga

Satu dasar baharu yang bertindak memperkasa syarikat pemula niaga atau ‘start-up’ bakal diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) bertujuan menyokong kumpulan usahawan terlibat mengukuhkan ekosistem perniagaan masing-masing.

Menteri Komunikasi Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, dasar tersebut yang akan diumumkan pada pertengahan tahun ini akan melibatkan sokongan dari aspek bantuan teknikal dan kewangan bagi menambah pengetahuan dan keupayaan syarikat pemula niaga.

“Kami memerlukan lebih banyak pembabitan swasta dan pemodal teroka yang membantu menerima idea ini sebelum mengkaji dan memberikan bantuan yang sewajarnya.

“Kerjasama antara kerajaan dan swasta sangat diperlukan dalam meningkatkan ekosistem industri pemula niaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Pembangunan Usaha Niaga HeiTech di Shah Alam, hari ini.

Gobind Singh Deo.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.