Kolaborasi Huawei Cloud, ULearning tawar e-Pembelajaran atasi Covid-19 di Indonesia

Huawei Cloud dan ULearning baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka, menyediakan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian yang biasa dikenali sebagai e-pembelajaran kepada salah sebuah universiti swasta yang paling disanjungi di Jakarta, Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Penyelesaian e-pembelajaran daripada Huawei Cloud dan ULearning benar-benar seiring dengan semangat Universitas Muhammadiyah Jakarta untuk menjadi sebuah universiti yang disegani, moden dan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan juga relevan dengan konteks wabak Covid-19.

Wabak ini telah mengalihkan pelbagai aktiviti ke dalam bangunan, walaupun terdapat aktiviti bilik darjah yang masih memerlukan keadaan interaktif biarpun berada berjauhan.

Naib Presiden Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Huawei Indonesia, Ken Qijian berkata bahawa pendidikan sentiasa menjadi pembolehubah yang paling penting dalam membina dan meningkatkan kecekapan sesebuah negara. Ia tidak seharusnya terhenti hanya dengan bersifat mampan, tetapi perlu meningkat dari segi kualiti seiring dengan peralihan masa.

“Pada masa kini, seluruh dunia berhadapan dengan cabaran yang besar: penularan Coronavirus Covid-19. Tatkala kami menyedari betapa pentingnya pendidikan dan menyimpulkan bahawa pembelajaran dan pengajaran merupakan dua aktiviti yang amat diperlukan tidak kira betapa dahsyatnya keadaan yang berlaku, Huawei Indonesia dan ULearning membawakan penyelesaian e-pembelajaran canggih untuk Universitas Muhammadiyah Jakarta dan ekosistem pendidikan Indonesia,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada perhatian lebih utama Huawei Cloud dan ULearning terhadap pendidikan, penyelesaian e-pembelajaran disediakan tanpa sebarang kos sepanjang tempoh apabila pembelajaran di rumah diwajibkan ini.

-PR NEWSWIRE

e-Pembelajaran-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.