Kolam renang tertinggi di Hemisfera Selatan jadi tarikan baharu Australia 108

Pembangun dari Singapura World Class Global telah memperkenalkan kolam renang tertinggi di Hemisfera Selatan di pencakar langit supernya, Australia 108 di Melbourne, sementara mereka membuka pintu kepada Starburst emas ikoniknya.

World Class Global Ltd berkata, kolam renang berkenaan merupakan kolam renang tertinggi yang dibina di dalam persekitaran apartmen dan adalah yang kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang kolam renang aras 118 Ritz-Carlton di Hong Kong pada ketinggian 484 tinggi.

“Dengan panjang 18 meter dan 5.3 meter pada titik terluasnya, bahagian kolam renang yang menghadap arah utara ini menawarkan pemandangan panorama latar langit, sementara bahagian selatannya memperlihatkan Port Phillip Bay, Albert Park Lake dan Dandenong Ranges.

“Kedua-dua kolam renang telah diperkenalkan untuk pusingan rasmi pertamanya sebagai sebahagian daripada pelancaran Star Club Australia 108, dua aras pengalaman kediaman yang menjangkaui 2,800 meter persegi di dalam bangunan Starburst,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Ng berkata perasmian Star Club kepada penduduk adalah sesuatu yang mengujakan bagi menawarkan gaya hidup di Australia 108 kepada tahap baharu.

“Kami amat teruja untuk membuka Star Club di Australia 108. Ia merupakan pencapaian besar untuk projek ini dan ikon yang hebat bagi latar langit Melbourne dengan menampilkan dua tempat renang paling tinggi dan paling mengagumkan di planet ini.

“Star Club memperkenalkan gabungan ruang sosial dan kesejahteraan kepada penduduk Australia 108 yang terletak pada ketinggian yang tidak dicartakan di atas awan,” ujarnya.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.