Kementerian Pembangunan Usahawan melalui agensinya, SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Usahawan Wanita 2019 bersempena dengan Minggu Usahawan Nasional 2019 pada 29 dan 30 Ogos nanti di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Selangor.

Konvensyen ini menjadi platform untuk mengukuhkan lagi jaringan kerja usahawan wanita seluruh negara dan membuka peluang untuk membina rantaian baharu, samada di pasaran domestik ataupun di peringkat antarabangsa.

Pelbagai aktiviti menarik selama dua hari sepanjang Konvensyen Usahawan Wanita akan diadakan seperti sesi panel, sesi perkongsian, sesi ‘networking’, pameran usahawan wanita Malaysia dan Anugerah Usahawan Wanita Minggu Usahawan Kebangsaan 2019.

Kemasukan adalah percuma dan untuk mendaftar, sila layari pautan laman web berikut https://womenentrepreneursconvention2019.eventbrite.com .