Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menggesa koperasi-koperasi di seluruh Malaysia supaya tampil lebih proaktif dalam menggerakkan fungsi masing-masing supaya tidak ketinggalan untuk menjalankan visi dan misi pembangunan usahawan seperti yang terkandung di dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
Menteri MED, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof ketika mengulas kenyataan mengenai kritikannya terhadap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) baru-baru ini berkata, pandangan tersebut hanyalah bersifat peribadi dan bertujuan hendak โmenjentikโ semangat badan koperasi berkenaan supaya tampil lebih agresif serta berdaya saing semula.
โSeperti contoh Koperasi Harapan Berhad (KHB) yang dilancarkan pada hari ini, kita mahu jadikan ia sebagai satu suntikan semangat agar wujud daya saing. Apa yang saya katakan mengenai Angkasa hanyalah pendapat saya.
โKita bukan sahaja galakkan persaingan, malah perlu bersikap lebih terbuka. Mana-mana koperasi sendiri yang berhala tuju untuk membangunkan badan masing-masing, menjadi rakan koperasi, kita akan permudahkan dan galakkan,โ katanya kepada pemberita selepas melancarkan KHB di Royal Selangor Golf Club, hari ini.